Majlis Anugerah Pengarah

March 8, 2018 jmatematik 0

Satu Majlis Anugerah Pengarah IPG Kampus Darulaman telah diadakan pada 28 Februari 2018. Dalam majlis yang gilang-gemilang ini, seramai 13 orang pelajar pengkhususan Matematik telah menerima anugerah. Mereka adalah terdiri daripada seramai 7 orang pelajar ambilan Jun 2015, 4 orang pelajar ambilan Jun 2016 dan 2 orang pelajar ambilan Jun 2017. Pelajar Ambilan Jun 2015 adalah terdiri daripada : Nur Afiqah bt Shahri (3.97) Zaitun bt Abdullah (3.88) Stella Lim Jing Ying (3.85) Chong Shing Kit (3.84) Nurdiana bt Mohamad Zubir (3.84) Yvonne Teo Yu Fang (3.84) Hoh Chen Wei (3.81)     Pelajar Ambilan Jun 2016 adalah terdiri daripada : Angela Loo Yan Zhen (3.86) Lim Wen Shan (3.86) Hong Fan Teng (3.84) Nurul Syuhaira bt Ishak (3.82)       Pelajar Ambilan Jun 2017 adalah terdiri daripada : Lee Pei Li (3.84) Heidi Tan Wan Nee (3.80)             Majlis Anugerah Pengarah untuk sesi ini telah menyaksikan seorang pelajar pengkhususan Matematik ambilan Jun 2015, Nur Afiqah bt Shahri telah dianugerahkan dengan Anugerah Cemerlang Khas diatas kecemerlangan beliau.  

Program Teaching School – SK Padang Pekan.

February 28, 2018 jmatematik 0

Untuk merealisasikan PAK-21, satu kursus untuk memperkenalkan perisian matematik telah diadakan di Sekolah Kebangsaan Padang Pekan, Jitra Kedah pada 27 Februari 2018. SK Padang Pekan merupakan ‘Teaching School IPGKDA’. Semua guru matematik sekolah tersebut seramai 6 orang telah diperkenalkan dengan perisian matematik Geometer Sketchpad. Penceramah dari Jabatan Matematik IPGKDA Puan Hajah Ton Pah Chah dengan dibantu oleh Puan Hajah Zainun sebagai fasilitator telah melaksanakan kursus tersebut secara ‘hands on’. Guru-guru SK Padang Pekan telah menunjukkan minat dan kesungguhan yang tinggi untuk mempelajari perisian tersebut. Diharapkan kursus ini menjadi titik permulaan kepada Jabatan Matematik IPGKDA dalam memperkenalkan perisian Geometer Sketchpad kepada Guru-guru matematik sekolah rendah di daerah Kubang Pasu.

Lawatan Ke Sekolah Pendidikan Khas Sungai Petani

February 11, 2018 jmatematik 0

Pada hari Selasa 30 Januari 2018, kumpulan PISMP Matematik Semester 6 telah mengadakan Lawatan Sambil Belajar ke SK Pendidikan Khas Sungai Petani. Tujuan lawatan diadakan adalah bagi guru pelatih mendapat pengalaman sendiri melihat pembelajaran Inklusif di Malaysia. Mereka telah didedahkan secara teori Pendidikan Inklusif ini dalam kursus MTES3132 semester ini. Oleh itu bagi memantapkan pengetahuan mereka, pensyarah berkenaan iaitu Pn Hajah Rohaya bt Md Yusoff  telah merancang lawatan tersebut. Lawatan ini telah disertai bersama oleh Pn Hajah Ton Pah Chah, Timbalan Ketua Jabatan Matematik. Terima kasih tidak terhingga kepada pihak SK Pendidikan Khas Sungai Petani telah sudi menerima kunjungan guru pelatih kami. Antara impak terbesar yang program ini berikan kepada para peserta ialah memberi kesedaran tentang kepentingan pendidikan kepada semua kanak-kanak terutamanya kepada murid-murid yang berkeperluan khas. Kualiti pendidikan yang diterima oleh setiap murid haruslah sama dan adil tanpa mengira kemampuan diri murid tersebut. Selain itu, program ini juga telah memberikan pengalaman yang begitu berharga kepada para peserta kerana mereka dapat melihat sendiri bagaimana murid-murid berkeperluan khas ini belajar. Sebagai bakal guru, para peserta dapat mengambil iktibar dan mendapat gambaran sebenar tentang alam pendidikan yang akan mereka tempuhi kelak. Seterusnya, melalui dialog bersama guru dan pihak sekolah di akhir sesi lawatan, para peserta dapat berkongsi pengalaman dengan pihak sekolah sambil bertanyakan soalan kepada mereka. Guru-guru yang berpengalaman juga dapat berkongsi beberapa teknik dan kaedah yang mereka aplikasikan dalam sesi PdPC supaya bersesuaian dengan kemampuan murid berkeperluan khas. Di samping itu, program ini juga telah berjaya menggalakkan para peserta supaya berfikiran lebih kreatif dan inovatif semasa menjalankan sesi PdPC di sekolah sama ada semasa praktikum mahupun alam perkerjaan sebenar kelak. Pelbagai kaedah dan teknik harus digunakan di dalam kelas supaya bersesuaian dengan kemampuan murid dan kehendak kurikulum yang telah ditetapkan. Akhir sekali, para peserta juga dapat mempelajari bahawa setiap kanak-kanak mempunyai […]

Selamat Bercuti Tuan Haji Azmi b Mat Safar

February 11, 2018 jmatematik 0

Selamat bercuti pra persaraan diucapkan kepada Tuan Haji Azmi b. Mat Safar.  Semoga dikurniakan nikmat kesihatan yg baik dan sentiasa dirahmati Allah SWT. Tuan Haji Azmi akan bercuti mulai 1 Feb 2018 dan akan bersara secara pilihan pada 1 Ogos 2018.